Dua Tahun Puasa Seorang Diri, Harun Hashim Setiap Hari Ziarah Kubur Arwah Isteri

Dua Tahun Puasa Seorang Diri, Harun Hashim Setiap Hari Ziarah Kubur Arwah Isteri


Menyambut Ramadan tanpa isteri tercinta buat tahun kedua, pelakon Harun Hashim berkata dia tidak pernah terlepas menziarahi pusara arwah isterinya setiap hari.

Memetik Astro Gempak, Harun berkata disebabkan itu rumahnya berdekatan dengan pusara arwah isterinya kerana mudah untuk datang setiap hari.

BACA: “Saya Paling Takut Orang Jumpa Saya Dalam Keadaan Dah Berulat” – Harun Hashim

“Dah dua tahun saya berpuasa seorang diri dan saya lagi sanggup berseorang di rumah daripada pergi berjalan ke luar.

“Kubur dia, hari-hari saya pergi dan sebab itulah rumah saya dekat dengan kawasan kubur.  Kecuali kalau saya keluar tidur rumah kawan atau ada penggambaran hingga lewat malam, itu tidaklah ke kubur. Orang nak kata apa, katalah tapi saya sayang dia sangat-sangat,” katanya.

Sementara itu, Harun berkata kehilangan isterinya amat dirasai meskipun sudah dua tahun pemergiannya apatah lagi mereka sentiasa bersama ke mana-mana.

“Sebelum ini kalau pergi mana-mana saya dengan dia berdua saja. Saya memandu, dia akan duduk di sebelah sambil tengok aplikasi Waze.

“Saya ini pelupa orangnya jadi dia kena selalu ada bersama saya. Jadi, amat terasalah kehilangan dia,” katanya.

Isteri kepada Harun iaitu Allahyarhamah Sakinah Ganjali menghembuskan nafas terakhir pada 21 November 2024 akibat kanser payudara tahap empat.

Sumber: Astro Gempak






Source link

OR

Scroll to Top