Foto Lama Pakai Baju Sendat Ditularkan Semula, Netizen Tegur Qistina Raisah: “Dah Besar Dik, Pergi Pakai Lagi Baju Budak 0-6 Months Kenapa?”

Foto Lama Pakai Baju Sendat Ditularkan Semula, Netizen Tegur Qistina Raisah: “Dah Besar Dik, Pergi Pakai Lagi Baju Budak 0-6 Months Kenapa?”


Pelakon Qistina Raisah menyorot perhatian ramai selepas foto lamanya yang dimuat naik pada November tahun lalu kembali tular di platform media sosial baru-baru ini.

Menerusi perkongsian tersebut, Qistina atau nama penuhnya, Nur Qistina Raisa Mohd Kamarol Azri, 18, dilihat mengenakan t-shirt putih jenis crop top ketika berada di sebuah lapangan terbang.

Namun, penampilan itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet yang berpendapat gaya berkenaan kelihatan terlalu matang untuknya.

Malah terdapat segelintir individu yang menegur pemilihan pakaian Qistina yang dianggap sendat dan mencolok mata.



Source link

OR

Scroll to Top