Pelakon, Nora Danish kembali menjadi sebutan di media sosial selepas tampil membalas persoalan umum bekas suaminya, Boss Ned di media sosial.
Menerusi perkongsian di platform Threads, Boss Ned atau nama sebenarnya, Nedim Nazri mempersoalkan mengapa perniagaan sedikit perlahan ketika di bulan Ramadan.
“Saya pelik, kenapa bulan puasa saja semua bisnes macam perlahan dan tak berapa nak jalan?,” soalnya.
Susulan itu, pertanyaan Nedim itu mendapat tumpuan Nora yang membalas ciapan tersebut dengan berpendapat Allah SWT meminta hambaNya untuk beribadah.
“Kerana Allah nak kita fokus dengan ibadah. Buang dunia dan fokus akhirat,” katanya ringkas.

Meninjau ke ruangan komen, respons Nora untuk menerima pelbagai reaks dalam kalangan netizen dimana ada yang bersetuju dan ada juga segelitir mereka yang mengkritik.






