AFC bakal tentukan nasib FAM, Harimau Malaya

AFC bakal tentukan nasib FAM, Harimau Malaya


Tujuh pemain warisan Harimau Malaya dibenarkan kembali beraksi susulan penangguhan pelaksanaan hukuman oleh CAS.

NASIB Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan skuad Harimau Malaya kini berada di tangan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) selepas Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) memuktamadkan keputusannya berhubung kes pelanggaran Kod Tatatertib Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Dalam satu kenyataan, AFC memaklumkan pihaknya telah mengambil maklum mengenai keputusan yang dibuat oleh CAS pada Khamis membabitkan badan induk bola sepak negara itu serta tujuh pemain warisan yang telah dikenakan hukuman.

Susulan perkembangan itu, kes berkenaan kini akan diserahkan kepada Jawatankuasa Tatatertib dan Etika AFC untuk tindakan dan penelitian selanjutnya.

“AFC tidak akan memberikan sebarang ulasan mengenai siasatan atau prosiding yang sedang dijalankan oleh Jawatankuasa Tatatertib dan Etika AFC,” jelas badan pengelola bola sepak Asia itu.

Terdahulu pada Khamis, CAS telah membuat keputusan untuk menolak rayuan FAM serta tujuh pemain warisan negara yang cuba mencabar hukuman yang dijatuhkan oleh FIFA sebelum ini.

Mereka didapati bersalah kerana melanggar Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA (FDC) yang berkait dengan kesalahan pemalsuan dokumen.

Penghakiman CAS itu sekali gus menyaksikan hukuman denda sebanyak CHF350,000 (dianggarkan kira-kira RM1.8 juta) yang dikenakan oleh FIFA ke atas FAM dikekalkan sepenuhnya.

Sementara itu, bagi nasib tujuh pemain warisan berkenaan, panel CAS memutuskan bahawa mereka tetap dikenakan hukuman penggantungan selama 12 bulan.

Bagaimanapun, keputusan itu memberikan sedikit ruang bernafas kepada pemain terbabit apabila penggantungan berkenaan hanya terpakai untuk aksi perlawanan rasmi sahaja dan bukannya menghalang mereka daripada menyertai mana-mana aktiviti lain yang berkaitan dengan bola sepak.

Ringkasan AI

  • NASIB Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan skuad Harimau Malaya kini berada di tangan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) selepas keputusan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS)
  • AFC akan mengambil langkah penelitian kes ini melalui Jawatankuasa Tatatertib dan Etika
  • CAS menolak rayuan FAM dan tujuh pemain warisan, mengesahkan hukuman yang dikenakan oleh FIFA
  • Pengadilan mendapati mereka bersalah melanggar peraturan pemalsuan dokumen menurut Artikel 22 Kod Tatatertib FIFA
  • Hukuman denda CHF350,000 dikenakan kepada FAM dan penggantungan selama 12 bulan kepada tujuh pemain warisan, tetapi tidak menghalang mereka dari aktiviti bola sepak non-perlawanan



Source link

OR

Scroll to Top