Perkongsian pelakon Isa Khan menjadi tanda tanya apabila dilihat memuat naik kapsyen seolah-olah memberi bayangan mengenai perpisahan dengan aktres Nur Risteena.
Menerusi hantaran berkenaan, Isa memuat naik kapsyen seakan memberi gambaran merngenai perpisahan serta mengatakan bahagia disangka akan kekal selamanya.
BACA: Risteena, Isa Khan Saling ‘Unfollow’ Di Instagram?

“Bukan tentang siapa yang kita kenal paling lama, yang datang pertama atau yang paling ada. Tapi, tentang siapa yang datang dan tidak akan pergi.
“Senyuman terukir atas dasar bahagia di sangka kekal selamanya, tapi ternyata hanya tempat persinggahan sementara,” tulisnya.
Turut menjadi tanda tanya apabila Isa memuat naik hantaran menulis tahun 2019 sehingga 2026 seolah memberi gambaran perjalanan sesuatu seolah sudah ke penghujung.
Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Isa Khan mahupun Nur Risteena bagi menjelaskan mengenai hantaran itu.






