Sophia Albarakbah Lepak Dengan Mak Nyah Demi Watak

Sophia Albarakbah Lepak Dengan Mak Nyah Demi Watak


Pelakon Sophia Albarakbah mengambil langkah berani mendekati golongan transgender untuk mendalami kehidupan mereka dengan lebih dekat demi menjayakan watak Amir Amira.

Memetik mStar Online, Sophia berkata dia membuat kajian serta meluangkan masa dengan golongan berkenaan untuk selami hidup dilalui mereka.

BACA: 14 Tahun Kenal, Sophia Albarakbah Tak Tolak Jodoh Dengan Kawan Baik

“Setiap kali saya tanya kisah hidup mereka, kebanyakannya hampir sama, ibu bapa tak terima. Saya faham betapa sakitnya apa yang mereka lalui,” katanya.

Menurut Sophia, golongan tersebut lebih terpesong kerana tiada sokongan daripada keluarga.

“Bagi saya, sebagai ibu bapa sekiranya ada anak sebegini, kita perlu jadi sistem sokongan mereka bukan menyokong tindakan.

“Kalau tiada sistem sokongan yang kuat, mereka akan lebih terpesong dan hanyut,” katanya.

Dalam pada itu, Sophia berkata filem Amir Amira bukan mengenai transgender sebaliknya mewujudkan kesedaran tentang apa yang berlaku dalam masyarakat.

“Jangan menghakimi naskah ini sebelum menonton dan memahami apa yang cuba kami angkat untuk renungan bersama.

“Ia bukan mengenai transgender semata-mata tapi menekankan aspek kekeluargaan, kejujuran dan persahabatan selain realiti pahit yang berlaku dalam masyarakat kita,” katanya.

Sumber: mStar Online






Source link

OR

Scroll to Top