Sepanyol panggil balik dutanya ke Israel

Sepanyol panggil balik dutanya ke Israel

Sepanyol panggil balik dutanya ke Israel


MADRID: Kerajaan Sepanyol pada Rabu memutuskan untuk menarik balik Dutanya ke Israel, Ana Maria Salomon Perez, menurut warta rasmi kerajaan negara itu.

Langkah pada hari Rabu itu dibuat ketika Sepanyol menjadi antara pengkritik paling lantang dalam Kesatuan Eropah terhadap perang Israel di Gaza, Palestin.

Ia juga mengkritik perang baharu Amerika Syarikat (AS) terhadap Iran yang dilancarkan bersama dengan Israel.

Sepanyol secara rasmi menamatkan jawatan dutanya ke Israel melalui pengumuman dalam warta itu.

Tindakan itu  menurunkan tahap hubungan diplomatik antara kedua-dua negara dengan kedutaan Sepanyol di Tel Aviv kini akan diketuai oleh seorang kuasa usaha iaitu jawatan lebih rendah daripada duta.

Salomon telah berkhidmat sebagai wakil diplomatik Sepanyol ke Israel sejak Julai 2021. Hubungan antara kedua-dua negara telah tegang dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Israel kini juga tiada duta di Madrid, dengan misi diplomatiknya diketuai oleh seorang kuasa usaha  selepas wakil terdahulu meninggalkan jawatan itu pada 2024.

Perpecahan diplomatik semakin mendalam selepas Sepanyol mengiktiraf negara Palestin, satu langkah yang sangat ditentang oleh Israel.

Sebarang pelantikan duta Sepanyol pada masa hadapan memerlukan kelulusan daripada kerajaan Israel sebelum menyandang jawatan tersebut.

Langkah ini merupakan ketegangan hubungan terbaharu antara kerajaan Perdana Menteri, Pedro Sanchez dan rakan sejawatannya dari Israel, Benjamin Netanyahu, yang telah merosot sejak serangan rejim Zionis ke atas Gaza pada 7 Oktober 2023.

Ketegangan itu turut melibatkan tindakan tentera Israel di Lubnan dan Iran.

Kerajaan Sanchez antara pengkritik paling tegas dari Eropah terhadap tindakan ketenteraan kerajaan Netanyahu, menuduh Israel melakukan genosid di Gaza. – AGENSI

 





Source link

OR

Scroll to Top