“Saya Suka Bentuk Badan Macam Kim Kardashian” 

“Saya Suka Bentuk Badan Macam Kim Kardashian” 


Pelakon Wafariena menafikan dakwaan dia melakukan pembedahan di bahagian pinggul berikutan bentuk badannya menjadi bualan di media sosial.

Memetik Xtra, Wafariena berkata perubahan bentuk baannya itu adalah hasil setiap hari dia melakukan senaman secara konsisten.

BACA: “Rasa Seperti Dihempap Batu Ke Muka Bila Wafariena Hentam Saya” – Iqbal Zulkefli

“Saya tak ada buat repair apa pun. Bulan puasa pun saya workout. Lepas berbuka atau tarawih saya workout dalam sejam dua. Full body workout,” katanya.

Sementara itu, pelakon berusia 31 tahun itu mengakui terkejut apabila ada yang membuat spekulasi berkenaan sebaliknya hanya melakukan senaman squat.

“Astaghfirullahalazim. Saya rasa kawan-kawan industri semua yang perempuan admire dengan pinggul saya. Mereka akan tanya, ‘Wafa buat apa? Saya kata workout la. Squat, beberapa jenis squat boleh buat,” katanya.

Menurut Wafariena lagi, dia memiliki fizikal yang tinggi dan bentu tubuh mempunyai lekuk lebih sesuai dengan dirinya berbanding terlalu kurus.

“Saya suka badam macam Kim Kardashian. Saya tinggi, kalau kurus sangat tak nice. Saya suka kalau ada ‘shape’ tapi taklah nak jadi macam Kim Kardashian,” katanya.

Sumber: Xtra






Source link

OR

Scroll to Top