“Tak Layak Jadi Pemimpin! Depan Orang Terpaling Suci, Hakikatnya Takut Dengan…” – Zizi Kirana Berang Isu Isteri Hamil Dipukul

“Tak Layak Jadi Pemimpin! Depan Orang Terpaling Suci, Hakikatnya Takut Dengan…” –  Zizi Kirana Berang Isu Isteri Hamil Dipukul


Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Zizi Kirana meluahkan rasa berang susulan insiden tular membabitkan seorang wanita hamil yang menjadi mangsa keganasan rumah tangga oleh suaminya.

Menerusi perkongsian di Threads, Zizi atau nama sebenarnya Nur Fazelah @ Zizie Mad Tahil, 41, menyifatkan tindakan lelaki terbabit sebagai pengecut dan gagal memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga.

“Semoga Allah bela setiap yang teraniaya. Lelaki macam ni, ego besar. Tak mampu jadi pemimpin, jadi pembuli dalam rumah,” katanya.

Menurutnya, sikap segelintir lelaki yang menjadikan isteri sebagai tempat melepaskan kemarahan adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali.

“Isteri dijadikan tempat lepas baran sebab dia tahu yang setia itu tak akan melawan. Depan orang? Terpaling suci. Hakikatnya, paling takut dengan kebenaran sendiri,” ujarnya.

Dalam pada itu, pelantun lagu Eh itu turut memberikan kata-kata semangat buat wanita yang menjadi mangsa agar terus kuat dan tidak berputus asa.

“Buat wanita yang dianiaya, Allah tahu semua yang awak pendam. Jangan lelah untuk kuat. Suatu hari nanti, luka itu akan Allah ganti dengan ketenangan.

“Awak layak bahagia, bukan menderita,” katanya.

Perkongsian tersebut meraih perhatian netizen yang rata-rata menyokong kenyataan Zizi selain berharap isu keganasan rumah tangga dipandang serius oleh semua pihak.



Source link

OR

Scroll to Top