“Satu Lori Penuh Beras’ – Individu Dedah Fazura Rajin Bersedekah Secara Senyap

“Satu Lori Penuh Beras’ – Individu Dedah Fazura Rajin Bersedekah Secara Senyap

“Satu Lori Penuh Beras’ – Individu Dedah Fazura Rajin Bersedekah Secara Senyap


Seorang individu tampil mendedahkan mengenai keperibadian aktres Nur Fazura yang tidak diketahui ramai sepanjang bekerja dengan pelakon itu.

Menerusi perkongsian di Threads, individu bernama Hafiz Nassir itu berkata Fazura seorang yang suka bersedekah secara senyap.

BACA: Fazura Puji Kamal Adli Belikan Baju Raya Buat Uqasha, Hawra

“Fazura adalah seorang yang sangat suka bersedekah, tetapi dia tidak suka menceritakan perkara itu kepada umum. Banyak perkara baik yang dia lakukan dilakukan secara senyap dan penuh keikhlasan,” katanya.

Sementara itu, Hafiz berkata setiap hari Jumaat Fazura secara konsisten menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan serta anak-anak yatim.

“Setiap hari Jumaat, akan ada bantuan makanan dihantar kepada anak-anak yatim dan mereka yang memerlukan satu lori penuh dengan beras dan keperluan asas.

“Perkara itu dilakukan secara konsisten, tanpa hebahan, tanpa publisiti. Itulah sifat sebenar beliau,” katanya.






Source link

OR

Scroll to Top