Polis buru suspek ceroboh LRT Pasar Seni

Polis buru suspek ceroboh LRT Pasar Seni


KUALA LUMPUR – Polis sedang memburu suspek yang menceroboh landasan Transit Aliran Ringan (LRT) Stesen Pasar Seni hingga menyebabkan perkhidmatan tren terganggu.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, polis sedang menyiasat rakaman Kamera Litar Tertutup (CCTV) yang diperoleh dari lokasi kejadian untuk menjejak pelakunya.

“Berdasarkan siasatan awal, kami percaya suspek memanjat pintu untuk menceroboh landasan LRT.

“Kami membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana menceroboh,” katanya selepas dihubungi hari ini.

Sulizme pada masa sama meminta kerjasama orang awam yang terlihat atau mempunyai maklumat lanjut mengenai kejadian itu supaya bantu siasatan polis.

Dalam pada itu, Rapid KL menerusi satu kenyataan hari ini memberitahu, suspek dipercayai menceroboh landasan jajaran LRT antara Stesen Pasar Seni dan KL Sentral LRT sekitar jam 7.08 malam.

“Pegawai bertugas di Pusat Kawalan Operasi LRT berjaya mengesan insiden pencerobohan itu.

“Kita bertindak pantas menghentikan penyaluran tenaga elektrik berdasarkan prosedur operasi standard untuk membolehkan polis bantuan dan kakitangan stesen LRT mengakses trak LRT untuk mengesan suspek tersebut.

“Namun, suspek gagal dikesan oleh pihak polis bantuan,” kata kenyataan tersebut sambil menambah laporan polis telah dibuat untuk tindakan lanjut.- MalaysiaGazette

 

Landasan LRT Pasar Seni diceroboh punca tren tergendala



Source link

OR

Scroll to Top