Lukisan Potret & Ucapan ‘Te Quiero Mucho’ Cetus Spekulasi Bercinta, Aweera Jelaskan Hubungan Sebenar Dengan Siti Khadijah

Lukisan Potret & Ucapan ‘Te Quiero Mucho’ Cetus Spekulasi Bercinta, Aweera Jelaskan Hubungan Sebenar Dengan Siti Khadijah


Penyanyi, Aweera mencuri tumpuan apabila berkongsi hasil lukisan potret wajah pelakon, Siti Khadijah Halim, di laman Instagram (IG) miliknya.

Menerusi perkongsian itu, Aweera atau nama sebenarnya Nasharul Aweera Norissham, 35, turut menitipkan ucapan ulang tahun istimewa buat pelakon berkenaan.

“Selamat ulang tahun Siti Khadijah. Semoga awak sentiasa dalam lindungan Allah SWT, berjaya dunia dan akhirat serta jangan berhenti berkarya.

“Saya akan sentiasa menyokong awak. Teruskan berkarya kerana awak sangat berbakat. Percaya kepada Allah dan diri sendiri, insya-Allah.

“Terimalah hadiah yang tak seberapa daripada saya ini,” katanya.

Namun, apa yang lebih mencuri perhatian warganet adalah penggunaan frasa bahasa Sepanyol, ‘Te quiero mucho’, yang membawa maksud “saya sangat sayang kamu”.

Perkongsian itu sekali gus menimbulkan tanda tanya segelintir pihak yang mempersoalkan hubungan sebenar antara mereka, malah ada yang menganggap kedua-duanya sedang menjalinkan hubungan istimewa.

Bagaimanapun, Aweera tampil menjelaskan mereka bukan pasangan kekasih, sebaliknya sekadar memberi ucapan sempena ulang tahun kelahiran sahaja.

“Tak couple, just wish birthday saja,” katanya ringkas.



Source link

OR

Scroll to Top