Susulan perkongsian berita gembira mengenai pertunangan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman bersama penyanyi Bella Astillah baru-baru ini, timbul pelbagai reaksi dalam kalangan masyarakat apabila segelintir dilihat kurang senang, malah ada yang mempertikaikan status pasangan tersebut.
Menerusi perkongsian di Threads, seorang pengguna media sosial mendakwa Bella kononnya tidak sepadan atau ‘tidak sama level’ untuk menjalinkan hubungan bersama Syed Saddiq.
“Tak percaya Bella Astillah betul couple dengan Syed Saddiq, macam tak sekufu. Macam tak relevan satu sama lain.
“Bella sesuai couple dengan IQ IQ artis sahaja. Ni macam staged couple dari PR,” dakwanya.
Bagaiamanpun, sedar dengan perkongsian berkenaan, abang kepada Ahli Parlimen Muar itu iaitu, Syed Salleh Syed Abdul Rahman tampil mempertahankan pasangan tersebut.
Tegasnya, tahap kepandaian (IQ) seseorang bukanlah faktor utama menentukan sama ada seseorang itu sekufu atau tidak, sebaliknya cara berkomunikasi yang baik antara pasangan dan sikap saling menghormati adalah faktor utama dalam keharmonian perhubungan.
“My intake in this: Perbezaan IQ tidak menentukan keserasian manakala komunikasi dan saling menghormati adalah peramal yang lebih kuat. Just my view,” balasnya.

Dalam pada itu, Syed Salleh berkata, dia mengenali Saddiq dan Bella dengan rapat dan melihat sendiri bagaimana mereka berkomunikasi antara satu sama lain.
“Saya mengenali mereka berdua secara rapat dan melihat sendiri bagaimana cara mereka berkomunikasi antara satu sama lain.
“Dan jelas bahawa kenyataan anda bercanggah dengan hujah sebelum ini yang mengatakan bahawa IQ seseorang menentukan keserasian seseorang.
“Dakwaan itu tidak relevan apatah lagi tanpa bukti. Komunikasi dan saling menghormati adalah sangat penting. Komunikasi tidak perlu rumit dan terikat dengan IQ yang tinggi sebaliknya ia semudah membincangkan isu dan mencari jalan penyelsaian bersama. That reflects maturity,” jelasnya.






