“Perintah Hak Lawatan Anak Dilanggar Sebanyak 6 Kali, Bakal Fail Semula Permohonan Prosiding Komital Terhadap Fazura” – Peguam Fattah Amin

“Perintah Hak Lawatan Anak Dilanggar Sebanyak 6 Kali, Bakal Fail Semula Permohonan Prosiding Komital Terhadap Fazura” – Peguam Fattah Amin


“Ini bukan soal menang atau kalah, tetapi tanggungjawab seorang bapa terhadap anak”.

Demikian respons peguam yang mewakili pelakon, Fattah Amin, Datuk Akberdin Abdul Kader susulan hak lawatan penjagaan terhadap anak tunggal aktor itu  bersama selebriti popular, Nur Fazura seperti yang tular sebelum ini.

Kata Akberdin memetik laporan Kosmo, permohonan terdahulu bukanlah ditolak sepenuhnya sebaliknaya beberapa perkara perlu dititikberatkan sebelum permohonan baharu difailkan semula.

“Mahkamah minta diperincikan beberapa perkara sebelum difailkan semula, bukan ditolak sepenuhnya.

“Jadi kami akan kemukakan semula permohonan yang lengkap dalam masa terdekat,” katanya.

Difahamkan, Fazura juga didakwa telah melanggar perintah mahkamah sebanyak enam kali berkenaan hak lawatan anak mereka dengan beberapa alasan.

“Fazura melanggar perintah mahkamah sebanyak enam kali, termasuk tidak menunaikan janji memberi hak lawatan kepada Fattah dengan alasan berada di London.

“Fattah juga berdepan kesukaran untuk bertemu anak sejak perceraian, namun dia tetap bersabar walaupun sering diberi pelbagai alasan.

“Fattah terpaksa mengambil tindakan ini supaya perintah mahkamah dipatuhi. Kali ini dia mahu mahkamah tentukan apa terbaik untuk dirinya sebagai bapa,” ulasnya.

Mengulas lanjut, Akberdin mengakui disebabkan hak lawatan sering terhalang, ia sekali gus menjejaskan hubungan antara Fattah dan Fatima.

“Ini bukan soal menang atau kalah, tetapi tanggungjawab seorang bapa terhadap anak.

“Hak lawatan tersebut sepatutnya dipatuhi. Jika terus dihalang, tindakan undang-undang akan diambil,” jelasnya.

Terdahulu, permohonan prosiding komital yang difailkan Fattah terhadap Fazura pada 31 Mac lalu ditolak Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam dek kerana tiada sebab untuk kenakan tindakan tunjuk sebab kepada aktres itu.

Untuk rekod, Fattah dan Fazura sah bercerai talak satu pada 7 Oktober 2024 selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya.

Artikel Berkaitan:Isu Hak Lawatan Fatima, Mahkamah Tolak Permohonan Fattah Amin – “Tak Ada Sebab Kenakan Tindakan Pada Fazura”

Artikel Berkaitan:Kenyataan Berbaur Emosi Cetus Spekulasi, Pengurus Peribadi Fazura Tampil Respons – “Lidah Ular Memang Bercabang, Tapi Lidah Manusia”

Artikel Berkaitan:“Bukan Kah Seharusnya Sudah Selesai Semua Hal Kamu Terhadap Ku?” – Hantaran Fazura Cetus Spekulasi

Sumber: Kosmo



Source link

OR

Scroll to Top