Mahkamah mula dengar permohonan semakan hukuman mati Azilah

Mahkamah mula dengar permohonan semakan hukuman mati Azilah


PUTRAJAYA – Mahkamah Persekutuan, di sini, hari ini mendengar permohonan semakan hukuman mati terhadap bekas anggota  Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri yang disabitkan dengan kesalahan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shariibuu.

Tiga panel hakim yang diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Maimun Tuan Mat; Tan Sri Amar Abang Iskandar Abang Hashim dan Datuk Nordin Hassan mula mendengar permohonan itu pada jam 11.15 pagi ini.

Pemohon, Azilah duduk di kandang dalam keadaan tenang.

Azilah membuat permohonan ini tahun lepas selepas terdapat penguatkuasaan Akta Pemansuhan Hukuman Mati Mandatori 2023 pada 4 Julai 2023.

Dibawah akta tersebut, hakim mempunyai kuasa budi bicara untuk mengekalkan hukuman mati yang telah dijatuhkn terhadap tertuduh atau memindanya kepada hukuman penjara antara 30 hingga 40 tahun.

Azilah berada dalam tahanan pada 2006 sejak siasatan pembunuhan model Mongolia itu dilakukan

Azilah dan seorang lagi lagi anggota UTK, Koperal Sirul Azhar Umar yang turut dituduh terlibat dalam pembunuhan itu kemudian dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan pada 2013.

Bagaimanapun, pada 2015, Mahkamah Persekutuan mengetepikan keputusan itu dan mengekalkan sabitan serta hukuman mati terhadap mereka.

Sirul Azhar tidak hadir untuk mendengar keputusan Mahkamah Persekutuan itu kerana melarikan diri ke Australia pada 2006 di mana dia ditahan di bawah undang-undang Imigresen sebelum dibebaskan pada akhir tahun lepas.

Kedua-dua mereka didakwa membunuh Altantuya di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat sini antara pukul 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006. -MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top