Kamal Adli Dedah Menangis Persis Budak-Budak Saat Lafaz Cerai, Titip Pesan Buang Ego – “Ikut Saja Kehendak Isteri Selagi Tak Merosakkan Diri”

Kamal Adli Dedah Menangis Persis Budak-Budak Saat Lafaz Cerai, Titip Pesan Buang Ego – “Ikut Saja Kehendak Isteri Selagi Tak Merosakkan Diri”


Pelakon Kamal Adli berkongsi momen paling sukar untuknya apabila mengimbau kembali saat melafazkan talak kepada bekas isterinya yang  juga aktres, Uqasha Senrose.

Menerusi perkongsian tular di TikTok, Kamal mengakui gagal menahan emosi ketika prosiding tersebut berlangsung dihadapan hakim Mahkamah.

“Saya masa lafaz, saya menangis macam budak-budak tau. Bila fikir, saya malu sangat dengan hakim tu sebab menangis. Kebetulan dalam court tu hanya kami sahaja, orang lain tak ada,” katanya.

Dalam pada itu, pelakon filem Conquer: Lahad Datu itu memaklumkan, dia berdepan kesukaran untuk melafazkan cerai terhadap Uqasha sehinggakan prosiding berkenaan terpaksa diulang semula memandangkan lafaz cerai tersebut tidak jelas.

“Masa nak kena sebut tu last, saya pecah. Saya ingat saya okay bila nak kena lafaz tu, tapi sampai kena ulang dua kali sebab tak clear. Sakit sangat masa tu, sampaikan saya sampai tak nak pandang orang dah.

“Ayat yang paling buat saya pecah, memang teruk lah perkataan tu adalah, ‘Saya Ahmad Kamal menceraikan…” itu lah dia ayat yang buat saya stuck. Saya macam ‘Ya Allah’,” luahnya.

Melalui kegagalan dalam rumah tangga, Kamal bagaimanapun menitipkan pesan kepada golongan lelaki agar berfikir secara matang dan berhati-hati sebelum nekad untuk mendirikan rmah tangga.

Jelasnya, kegagalan yang dilalui menjadi pengajaran besar tentang pentingnya tanggungjawab dan sikap memahami pasangan.

“Kalau kau orang nak kahwin, kena fikir betul-betul dulu… saya cakap kerana kegagalan saya. Kita kena bertanggungjawab, kena faham isteri kita, apa yang dia suka atau tidak. Kita kena bertolak ansur, elak untuk bergaduh sebab perempuan ni sangat-sangat fragile.

“Kita ni lelaki kadang-kadang kita ego. Kadang kita rasa kita betul, begitu juga perempuan. Benda ni memang akan berlaga.

“Jadi kita beri sedikit ruang. Bila nanti isteri sejuk , kita comeback. Mengaku sahaja lah salah walaupun tak salah… Buat sahaja, sebab kita nak hidup lama kan? Kalau itu yang terbaik, yang isteri awak nak… kita ikutkan sahaja selagi kita tidak merosakkan diri,” uajrnya.

 

 



Source link

OR

Scroll to Top