Tak Faham Kenapa Open House Guna Pinggan Plastik Boleh Jadi Isu?

Tak Faham Kenapa Open House Guna Pinggan Plastik Boleh Jadi Isu?


Pelakon dan penerbit terkenal, Sheila Rusly dilihat ada berkongsikan momen beraya di rumah anak saudaranya baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Threads, Sheila berkata tetamu yang hadir menjamu selera menggunakan pinggan plastik kerana tuan rumah baru saja berpindah dan tidak mempunyai kelengkapan yang cukup.

BACA: “Kalau Nak Anak Kita Happy, Kenapa Nak Bermusuh Dengan Menantu?” -Sheila Rusly

Sheila berkata, meskipun makan menggunakan pinggan plastik ianya tidak mengubah rasa nasi lemak yang sedap dinikmatinya itu.

“Sajer bagitahu.. semalam beraya rumah ‘anak fruit’ kita makan guna pinggan plastic sebab baru pindah rumah pinggan tak cukup. Sis ok jer.. tak mencacatkan rasa nasi lemak yang sedap giler ni,” tulisnya.

Sementara itu, Sheila turut mempersoalkan mengapa penggunaan pinggan pakai buang ketika rumah terbuka menjadi isu.

“Tak faham kenapa open house guna pinggan plastic boleh jadi isu. Yang penting kita nak present set pinggan mangkuk untuk ‘anak fruit’ kita. Sekian,” katanya.

Diruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan hantaran Sheila itu. Diruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan hantaran Sheila itu dimana penggunaan pinggan plastik pakai buang lebih praktikal apabila melibatkan ramai tetamu. 






Source link

OR

Scroll to Top