“Ye Ke Dengan Mahkamah Boleh Selesai Semua Masalah?” – Abby Abadi Minta Pandangan Khidmat Nasihat Kes Buli Siber, Fitnah & Nafkah Bertangguh

“Ye Ke Dengan Mahkamah Boleh Selesai Semua Masalah?” – Abby Abadi Minta Pandangan Khidmat Nasihat Kes Buli Siber, Fitnah & Nafkah Bertangguh


Pelakon dan usahawan, Abby Abadi meluahkan kebimbangan berhubung isu gangguan serta fitnah yang semakin berleluasa, selain bertanya keberkesanan tindakan undang-undang dalam menyelesaikan masalah tersebut.

Menerusi hantaran di Threads, Abby meminta pandangan serta khidmat nasihat daripada individu yang berpengalaman, khususnya berkaitan isu cyberbully, gangguan dan tuntutan nafkah.

“Ye ke dengan mahkamah boleh selesai semua masalah? Tapi ambil masa yang panjangkan? Kos yang besar lagi…

ARTIKEL BERKAITAN: “Anak Mama Kuat! Kesilapan Itu Bukan Bermakna Adik Gagal” – Abby Abadi Titip Nasihat Buat Marissa Dania

“Ada tak di sini yang boleh bagi khidmat nasihat untuk saya. Contoh untuk cyberbully, untuk jauhkan seseorang dari gangguan, untuk stop difitnah, untuk nafkah yang bertangguh. Nak dengar khidmat nasihat dari seseorang yang betul-betul pandai menasihat & boleh diterima akal.

“Seriuslah.. zaman caci maki hamun sekarang ni sangat menakutkan. Nak bawak ke mana perangai tu Adik, Kakak, abang, Achik sekelian? Tak takut mati ke?” tulisnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak Halang Anak Kahwin Usia Muda, Abby Abadi Mohon Jangan Libatkan Diri Dalam Hubungan Orang Lain – “Faham Dulu Makna Tanggungjawab”

Dalam perkongsian tersebut, Abby turut menyuarakan kegusaran terhadap sikap segelintir individu di media sosial yang gemar mencaci dan memaki tanpa memikirkan kesan terhadap orang lain.

Luahan itu sekali gus mencerminkan realiti semasa dunia digital yang semakin mencabar, terutama melibatkan isu keselamatan emosi dan reputasi individu.

Perkongsian Abby itu pantas mendapat perhatian ramai, dengan rata-rata netizen tampil berkongsi pandangan serta pengalaman masing-masing, selain memberikan cadangan langkah yang boleh diambil bagi menangani situasi berkenaan.



Source link

OR

Scroll to Top