Aliff Aziz Tonton Video Pertunangan Kiriman Netizen, Akui Gembira Untuk Syed Saddiq & Bella Astillah

Aliff Aziz Tonton Video Pertunangan Kiriman Netizen, Akui Gembira Untuk Syed Saddiq & Bella Astillah


Penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz mengakui gembira melihat bekas isterinya, Bella Astillah yang baru sahaja mengikat tali pertunangan dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, pada 28 Mac lalu.

Aliff atau nama lengkapnya, Mohamad Aliff Aziz, 36, menzahirkan ucapan doa terhadap Bella dan Saddiq agar mereka sentiasa bahagia.

“Saya sangat gembira melihat mereka (Bella dan Saddiq) bahagia dan doakan semoga pasangan itu kekal bahagia hingga ke anak cucu, insya-Allah.

“Selebihnya, Aliff minta semua doakan yang baik-baik kepada semua orang dan doakan juga yang baik-baik buat saya.

“Saya hanya manusia biasa, bukan malaikat atau nabi,” katanya.

Aliff berkata itu ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka iQIYI, di Andaman Grand Ballroom Kuala Lumpur pada Selasa.

Mengulas lebih lanjut, pelantun lagu Sayang Sayang itu mendedahkan dia sempat menonton detik Bella dan Saddiq bertunang menerusi kiriman video daripada pengikutnya di media sosial.

“Ada lah orang hantar-hantar. Sejujurnya saya doakan yang terbaik. Saya rasa gembira untuk mereka bila lihat anak-anak saya juga gembira.

“Anak-anak sentiasa dalam doa saya. Dan doa saya untuk mereka semoga kekal ke pelamin,” ujarnya.

Untuk rekod, Bella dan Syed Saddiq mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu dalam sebuah majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur.

Bella sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Aliff pada September 2016.

Mereka pernah bercerai pada 16 Mei 2019 namun rujuk kembali dan berpisah kali kedua pada Mac 2024.

Hasil perkahwinan, mereka mempunyai dua cahaya mata iaitu Ayden, 9, dan Ara, 6.



Source link

OR

Scroll to Top