Tahniah diucapkan buat pelawak Shuib dan isterinya, Watie Hanafiah yang selamat menimang cahaya mata perempuan pada Isnin lalu.
Anak perempuan mereka itu diberi nama Akira Juwita Zahra yang dipilih oleh Watie kerana mahu selaraskan dengan nama anak kedua Dzakira Talita Zahra.
BACA: Shuib Serah Kasut Arwah Siti Sarah Pada Thalita
Turut menjadi perhatian apabila Shuib berkongsikan Akira menerima pelbagai hadiah daripada peminat dengan jumlah terkumpul lebih M80,000 ketika sesi siaran langsung di TikTok.
Menerusi perkongsian di Insta Story, Shuib dan Watie meluahkan rasa syukur serta mengatakan itu adalah rezeki Akira.

“Ya Allah, awak (pengikut) nak bayarkan bil hospital ke ni? Ya Allah, awak (pengikut) betul-betul hendak bayarkan bil saya ini. Akira, ini rezeki Akira,” katanya.
Dalam pada itu, Watie turut mengucapkan terima kasih kepada pengikut yang memberi pelbagai hadiah kepada anak mereka serta berkongsikan jumlah terkumpul RMRM81,418.48.
“Alhamduillah, rezeki ‘baby’ malam ni, terima kasih yang ‘support’ beg kuning ‘mommy’ dan ‘daddy,” katanya.




