Pelakon dan penyanyi Bella Astillah meluahkan rasa syukur hasil jualan kuih raya keluarannya disalurkan ke sebuah rumah anak yatim.
Menerusi perkongsian di Instagram, Bella berkata usaha kecil tersbeut membawa makna besar lebih-lebih lagi dapat berkongsi dengan mereka yang memerlukan.
BACA: Bella Astillah, Syed Saddiq Nikah Jun 2026?
Dalam hantaran itu, Bella turut mengucapkan terima kasih buat mereka yang memberikan sokongan.
“Alhamdulillah. Dari dapur Bella ke hati yang memerlukan. Hasil jualan kuih raya Bella x Anchor Butter telah disalurkan kepada rumah anak yatim. Sedikit usaha, besar maknanya. Terima kasih atas setiap sokongan yang diberi,” tulisnya.
Diruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Bella yang tidak lupa kepada mereka yang memerlukan serta mendoakan agar dimurahkan rezeki.






