Impian Hidup Mewah Jadi Pembakar Semangat, Zoey Rahman Teroka Dunia Pelaburan

Impian Hidup Mewah Jadi Pembakar Semangat, Zoey Rahman Teroka Dunia Pelaburan


Pelakon terkenal, Zoey Rahman mengakui impian untuk menikmati kehidupan mewah menjadi antara faktor utama yang mendorong dirinya untuk terus mencari peluang baharu dalam menjana pendapatan.

Menurut Zoey usaha menambah sumber kewangan bukan hanya untuk kesenangan diri sendiri, malah demi membantu dan membahagiakan keluarga tercinta.

“Selama ini saya melihat ramai individu yang berjaya dan hidup mewah. Siapa yang tidak mahu mengejar kehidupan sebegitu. Bukan untuk diri sendiri sahaja, saya juga mahu memberi kesenangan kepada orang lain, terutamanya keluarga,” katanya.

Tidak mahu terus berada di zon selesa, Zoey kini mula berjinak-jinak dalam dunia pelaburan sejak Februari lalu.

Katanya, bidang tersebut dilihat sebagai satu cabang baharu yang berpotensi untuk menjana ekonomi dalam jangka masa panjang.

Bagaimanapun, Zoey menegaskan dia tidak akan sesekali meninggalkan kerjaya seni yang sudah sebati dengan dirinya.

“Sebenarnya pelaburan ini boleh dibuat pada bila-bila masa. Jadi saya perlu bijak membahagikan masa supaya tidak mengganggu kerjaya seni.

“Saya serius mencuba bidang baharu ini, tapi tidaklah sampai tinggalkan dunia lakonan,” ujarnya ketika ditemui di majlis rumah terbuka Aidilfitri Prediktable Circle, pada Sabtu.

Pada majlis tersebut, Zoey yang diumumkan sebagai rakan strategik akademi berkenaan yang sudah berusia 3 tahun.

Prediktable ditubuhkan tiga tahun yang lepas oleh pengasas dikenali sebagai Kaktie bersama pengasas bersama lain yang terdiri daripada Umair Azman, Nazrul Hakiim dan Akram Ghani.

Dalam masa sama, Zoey turut melihat keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu sebagai satu ‘wake-up call’ untuk dirinya lebih bersedia menghadapi masa depan.

“Kalau kita lihat keadaan ekonomi sekarang pun tidak menentu. Saya sendiri tidak tahu apa akan jadi dengan perniagaan yang saya usahakan. Jadi saya perlu bersedia dan berani mencuba sesuatu yang berbeza,” jelasnya lagi.

Nampaknya, langkah berani Zoey ini bukan sahaja membuka peluang baharu, malah membuktikan dirinya sentiasa berusaha untuk berkembang demi masa depan yang lebih stabil.



Source link

OR

Scroll to Top