Anthony Loke tegur LRT hampir tiap minggu alami gangguan -“Saya pun berang”

Anthony Loke tegur LRT hampir tiap minggu alami gangguan -“Saya pun berang”


Isu gangguan perkhidmatan rel kembali jadi perhatian apabila Menteri Pengangkutan, Anthony Loke sendiri mengakui rasa berang dengan masalah yang kerap berlaku sejak kebelakangan ini.

Masalah kerap sangat berlaku

Memetik laporan daripada Berita Harian, perkara itu dibangkitkan ketika kerajaan sedang giat menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam seperti LRT, MRT dan monorel.

Saya pun berang tiap-tiap minggu ada gangguan

Menurut beliau, Kementerian Pengangkutan telah mengarahkan Prasarana Malaysia Berhad supaya memberi perhatian serius terhadap isu teknikal yang mengganggu operasi.

“Memang ada cabaran… betul dalam beberapa minggu ini (kerap ada gangguan perkhidmatan rel) saya pun berang tiap-tiap minggu ada gangguan.
“Apabila kita nak galakkan orang ramai (guna perkhidmatan rel), saya tahu respon orang ramai akan kata – ini Menteri minta kita pakai tren tetapi tiap-tiap hari ada gangguan,” katanya.

Bukan semua gangguan boleh dijangka

Tambah beliau, gangguan yang berlaku bukan semuanya boleh dijangka kerana ada melibatkan kerosakan teknikal secara tiba-tiba seperti sistem isyarat dan suis.

“Kita bagi perhatian kepada sistem isyarat, tren dan sebagainya, tiba-tiba suis rosak. Suis rosak menyebabkan stesen itu tidak dapat berfungsi dengan baik.
“Jadi ini menyebabkan ada gangguan terhadap tren semalam. Ini memang sesuatu cabaran besar kepada kita,” ujarnya.

Sebelum ini, Agensi Pengangkutan Awam Darat turut diarahkan menyiasat gangguan berulang melibatkan laluan LRT Kelana Jaya.

Dalam masa sama, Anthony Loke juga meminta pihak pengurusan Prasarana memberikan penjelasan lengkap serta pelan tindakan pemulihan bagi memastikan masalah sama tidak terus berulang.

Sumber: Berita Harian (Rafidah Mat Ruzki)





Source link

OR

Scroll to Top