“Happy birthday…” – Izzue Islam terima kejutan! Isteri hadiahkan Nissan GT-R R35

“Happy birthday…” – Izzue Islam terima kejutan! Isteri hadiahkan Nissan GT-R R35


Pelakon dan penyanyi, Izzue Islam menerima kejutan istimewa sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-36 apabila dihadiahkan sebuah Nissan GT-R R35 oleh isterinya, Awin Nurin, semalam.

Kejutan tersebut bermula apabila sebuah lori pameran berkaca yang membawa kenderaan berkenaan tiba di hadapan sebuah premis lokasi sambutan hari lahirnya.

Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan dilihat gagal menyembunyikan keterujaan sebaik menyedari hadiah yang dibawa dalam trak tersebut merupakan sebuah Nissan GT-R R35 yang turut dihiasi riben gergasi.

Momen manis itu turut disaksikan beberapa rakan rapat pasangan berkenaan yang bersama-sama meraikan hari istimewa tersebut. Izzue dan Awin juga sempat merakam kenangan di hadapan kenderaan berprestasi tinggi itu.

Lebih bermakna, sambutan berkenaan bukan sahaja meraikan ulang tahun kelahiran Izzue, malah turut bersempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-13. Pasangan itu berkongsi tarikh istimewa sama iaitu pada 2 Jun.

Menerusi semakan, harga Nissan GT-R R35 model baharu keluaran 2023 hingga 2024 dianggarkan antara RM630,000 hingga RM750,000, manakala model recond atau terpakai pula bernilai lebih RM300,000.

Untuk rekod, Izzue mendirikan rumah tangga dengan Awin yang juga pengurusnya pada 2 Jun 2013 dan hubungan mereka sering menjadi perhatian ramai kerana kekal utuh selepas lebih sedekad melayari alam perkahwinan.

Sumber: TikTok ammxrhxlm_





Source link

OR

Scroll to Top