Tahara Alima nama puteri ketiga Izara, Adib

Tahara Alima nama puteri ketiga Izara, Adib


puterialia@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Suami kepada pelakon Izara Aishah, Muhammad Adib Khalid berkongsi nama puteri ketiga mereka, Tahara Alima menerusi hantarannya di Instagram, semalam.

Adib dalam hantaran itu meluahkan rasa penuh kesyukuran atas kurniaan yang dianggap sebagai rahmat terbesar buat keluarga kecil mereka.

“Menyambut kelahiran cahaya mata perempuan kami, Tahara Alima binti Muhammad Adib. Alhamdulillah, syukur atas kurniaan yang tidak ternilai ini dan satu lagi kebahagiaan dalam keluarga kami,” tulisnya.

Dalam pada itu, Adib turut merakamkan penghargaan kepada orang ramai yang tidak putus-putus mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga.

“Saya dan Izara ingin mengucapkan terima kasih atas segala ucapan dan doa yang diberikan. Semoga Allah sentiasa melindunginya, mengurniakan kesihatan yang baik dan menjadikannya dalam kalangan anak-anak yang solehah. Amin,” tulisnya lagi.

Terdahulu, Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi di Instagram Storynya apabila Izara selamat melahirkan cahaya mata ketiganya pada 10 April lalu.

Untuk rekod, Izara dan Adib mendirikan rumah tangga pada 17 November 2017.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Irisa Alaia, 6, dan Amara Amina yang kini berusia tiga tahun.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top