Pelakon dan pengacara Janna Nick berkata dirinya bukan seorang selebriti yang simbong tetapi kurang keyakinan diri apabila berada di luar waktu kerja.
Menerusi hantaran di Threads, Janna berkata dia hanya akan bersiap apabila ada urusan kerja namun apabila tidak bekerja dia hanya tampil mengikut keselesaan akui selekeh.
BACA: Pelakon Wanita Mesej Nak Pinjam Duit, Janna Nick Terkejut Suami Yang Jawab Panggilan
Sementara itu, Janna mengakui malu sekiranya dia berjalan di laur dan ada orang mengenalinya.

“Saya jenis bersiap bila kena kerja saja. Kalau tak kerja, memang selekeh dan tak glamor langsung. Baju pun ulang pakai. Jadi bila keluar berjalan dan orang kenal saya, saya jadi malu.
“Jadi bila jalan jalan tu, kalau orang kenal, saya malu dan selalu luar waktu bekerja, saya tak anggap diri artis,
“Kalau orang tak tegur, saya anggap orang tak kenal saya. Kalau nampak artis pakai topi, hoodie,pakai facemask, pakai sunglasses (tu tak bersiap tau, bukan sombong.” tulisnya.
Dalam pada itu, Janna berkata dia mengakui malu melabel dirinya sebagai artis kerana baginya dirinya hanya manusia biasa, namun bersyukur jika ada meminati kerjanya.

“Contoh setiap kali kena interview. Host minta saya beri ucapan untuk peminat? Saya nak sebut peminat pun saya segan. sebab pada saya ni manusia biasa je, tak perlu nak minat saya.
“Tapi saya bersyukur la kalau depa minat kerja kerja saya. cuma I can’t really call my peminat, peminat. Dari awal penglibatan saya dalam industri hiburan, saya memang tak boleh masuk dengan dunia glamour. Memang dah cuba banyak kali, tapi rasa fake. Penat.
“Memang saya jarang pergi big big event kecuali ada kerja. Ada orang memang depa naturally jenis suka melawa, rajin bersiap, pandai styling semua. Saya pula, tak pandai. Gagal teruk,” katanya.






