Impian Piala Dunia Gnabry terancam

Impian Piala Dunia Gnabry terancam

Impian Piala Dunia Gnabry terancam


Munich: Harapan Serge Gnabry untuk beraksi di Piala Dunia kini dalam bahaya selepas penyerang Bayern Munich itu mengalami kecederaan otot adductor.

Kelab itu mengesahkan Gnabry akan diketepikan untuk tempoh panjang, namun tidak menyatakan jangka masa sebenar.

Laporan media Jerman pula menyebut pemain berusia 30 tahun itu berkemungkinan terlepas aksi selama dua hingga tiga bulan, cukup untuk menjejaskan peluangnya ke kejohanan yang bermula 11 Jun ini.

Jurulatih Jerman, Julian Nagelsmann, meluahkan rasa simpati terhadap pemain berkenaan dan menyifatkan kecederaan itu sebagai satu tamparan hebat menjelang fasa penting musim ini.

“Saya sangat simpati dengan Serge. Ini berita yang pahit di penghujung musim, ketika banyak perlawanan besar menanti,” katanya.

Nagelsmann turut mendedahkan beliau sudah menghubungi Gnabry sebaik diagnosis disahkan, sambil memberi jaminan sokongan penuh daripada skuad kebangsaan.

“Kami semua di pasukan kebangsaan akan menyokongnya sepenuhnya supaya dia dapat kembali beraksi secepat mungkin,” katanya.

Gnabry sebelum ini berada dalam prestasi baik bersama Bayern, membentuk jentera serangan mantap dengan Harry Kane, Michael Olise dan Luis Diaz.

Dalam 21 aksi liga musim ini, dia meledak lapan gol dan mencipta tujuh bantuan jaringan, angka yang hampir pasti menjamin tempatnya dalam skuad Piala Dunia jika kekal cergas.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top