DSV hadiahkan Azar Azmi iPhone 17 Pro Max, kasihan lihat telefon pinjam retak teruk

DSV hadiahkan Azar Azmi iPhone 17 Pro Max, kasihan lihat telefon pinjam retak teruk

DSV hadiahkan Azar Azmi iPhone 17 Pro Max, kasihan lihat telefon pinjam retak teruk


Simpati melihat keadaan telefon bimbit pelakon Azar Azmi yang retak teruk, usahawan sensasi Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida menghadiahkan sebuah iPhone 17 Pro Max lengkap dengan ‘casing’ mahal.

Tersentuh lihat telefon Azar

Menerusi perkongsian di platform TikTok, Vida menyatakan dirinya cukup dia tersentuh melihat telefon digunakan Azar ketika sesi siaran langsung, malah peranti itu juga dipinjam daripada kenalan.

“Kenapa saya nak belikan telefon untuk dia? Sebab masa ‘live’ dengan saya, saya tengok telefon dia… memang retak teruk.
Telefon yang dia pakai pun pinjam.
“Saya terus rasa nak hadiahkan dia telefon baharu,” katanya.

Azar terkejut dengan hadiah diterima

Dalam video tersebut, jelas di wajah reaksi terkejut Azar sewaktu menerima hadiah berkenaan.

Vida turut memaklumkan pembelian dibuat secara rahsia dengan bantuan pengurus pelakon itu tanpa pengetahuan Azar.

“Saya nak mudahkan kerja dia dengan ada telefon baharu. Saya siap pilihkan ‘case’ yang mahal.
“Saya pilih iPhone 17 Pro Max 512GB supaya senang untuk dia buat kerja. Saya pilih apa yang saya suka untuk bagi dekat Azar,” ujarnya.

Dalam masa sama, Vida berharap hadiah tersebut dapat membantu Azar terus maju dalam kerjaya khususnya dalam bidang digital.


“Semoga Azar boleh melangkah lebih jauh, lebih hebat dan berjaya dengan adanya telefon yang boleh membantu dia cari rezeki dalam bidang online,” katanya.

Semoga murah rezeki Dato’

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang mengakui simpati dengan nasib dialami oleh pelakon terbabit, lebih-lebih lagi sejak mengetahui kehidupannya sepanjang menghilangkan diri dari industri seni.

Dalam pada masa yang sama, mereka turut memuji usaha usahawan terbabit dalam membantu mereka yang sedang berada dalam kesusahan untuk bangkit dan memulakan kehidupan mereka semula.

Sedih lihat keadaan Azar

Kita pula bergenang air mata

Sumber: TikTok datoserivida

 





Source link

OR

Scroll to Top