KUALA LUMPUR: Peningkatan harga komputer riba susulan kenaikan kos perkakasan storan tahun ini mendorong pelajar dan profesional muda di Malaysia beralih kepada tablet sebagai peranti kerja harian utama.
Trend perubahan gaya hidup digital ini diperkukuhkan menerusi data terkini mengesahkan HONOR terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran tablet Android negara dengan syer pasaran sebanyak 32 peratus.
Pencapaian itu bermakna satu daripada tiga tablet Android yang dibeli rakyat Malaysia adalah daripada jenama HONOR, sekali gus mengekalkan takhta nombor satu pengeluar berkenaan selama 27 bulan berturut-turut sejak suku kedua 2024 hingga suku kedua 2026.
Prestasi cemerlang itu banyak didorong oleh penawaran rangkaian peranti mercu seperti HONOR MagicPad 4.
Tablet 2-dalam-1 dilengkapi dwi-sistem operasi PC AI berkenaan mencatatkan jualan dua kali ganda berbanding model terdahulu, menjadikannya tablet mercu HONOR paling laris setakat ini.
Alternatif sebenar komputer riba
Bukan lagi sekadar skrin untuk menonton hiburan, tablet kini menjadi nadi utama pengguna tempatan untuk menghadiri kelas dalam talian, mencatat nota digital serta menyiapkan tugasan kreatif.
Keupayaan HONOR mengimbangi prestasi tinggi, jangka hayat bateri panjang, ciri AI dan audio premium pada harga kompetitif menjadi kekuatan utama penawaran mereka.
Selain spesifikasi perkakasan, faktor ketersambungan rentas ekosistem turut menjadi daya tarikan peranti berkenaan.
HONOR kini melangkah lebih jauh dengan meluaskan keupayaan sambungan lancar bukan sahaja pada peranti keluaran mereka, malah merentasi ekosistem Mac dan iPhone tanpa sekatan.
Siri HONOR Pad 20 bakal mengganti komputer riba
Memanfaatkan kejayaan siri terdahulu, HONOR memperluaskan portfolio tablet Android terlarisnya menerusi pengenalan Siri HONOR Pad 20 yang bakal ditawarkan pada harga bermula RM1,999.
Siri terbaharu ini merangkumi model HONOR Pad 20 dan HONOR Pad 20 Pro.
Bagi menyokong peranan tablet yang semakin penting dalam pembelajaran digital seperti mengikuti kelas dalam talian, mencatat nota dan menyiapkan tugasan, HONOR turut menawarkan diskaun pendidikan eksklusif sebanyak 15 peratus bagi menjadikan peranti ini lebih mampu milik bagi golongan pelajar.
Direka untuk menyokong produktiviti, kreativiti dan hiburan, Siri HONOR Pad 20 menggabungkan paparan 3K teraju industri, bateri berkapasiti besar 10,100mAh, ciri produktiviti bertaraf komputer peribadi dikuasakan AI serta prestasi lancar bagi penggunaan harian.
Antara tarikan utama generasi baharu ini ialah kemunculan julung kali HONOR Pad 20 Pro di pasaran Malaysia.
Model Pro menampilkan Paperlike Display (Paparan Seakan Kertas) dengan kemasan matte anti-silau yang memberikan pengalaman membaca dan menulis lebih semula jadi, seakan menulis menggunakan pen di atas kertas.
Sama ada untuk keperluan akademik pelajar, tugasan harian golongan profesional mahupun peminat hiburan, Siri HONOR Pad 20 menawarkan penyelesaian tablet yang serba boleh, imersif dan fleksibel tanpa perlu bergantung kepada komputer riba yang berat.
Untuk maklumat lanjut mengenai penawaran dan promosi siri HONOR Pad 20, layari laman rasmi HONOR Malaysia.
© New Straits Times Press (M) Bhd
