Perkongsian seorang pengguna Threads menjadi perhatian ramai apabila mendedahkan mengenai jumlah harta dimiliki kepada penyanyi Mizz Nina iaitu Tan Sri Azman Hashim.
Menerusi hantaran berkenaan, individu tersebut turut memuat naik paparan daripada Forbes mendedahkan anggaran kekayaan Pengerusi Kumpulan AmBank itu mencecah RM4.7 bilion.
BACA: Noh Salleh Dakwa Mizz Nina Baru Berjinak-Jinak Menipu?

“Kaya betul ayah Mizz Nina. 4.7 bilion net worth. Tu kalau withdraw 1 juta sebulan pun, 400 tahun baru habis. Tapi tak hairan la pendapatan mereka adalah sah dan diisytiharkan,” tulis individu itu.
Diruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan kekayaan dimiliki keluarga Mizz Nina serta memuji sikap keluarganya yang sangat merendah diri.
Tidak kurang juga, ada yang berkongsikan mengenai kebajikan keluarga itu termasuk peranan Yayasan Azman Hashim dalam menyediakan biasiswa kepada pelajar.









