“Masih Lemah” – Norish Karman Masih Perlukan Kerusi Roda Untuk Bergerak

“Masih Lemah” – Norish Karman Masih Perlukan Kerusi Roda Untuk Bergerak


Pelakon Norish Karman memaklumkan dirinya kini dalam fasa pemulihan selepas berdepan masalah kesihatan melibatkan paras darah serta zat besi yang terlalu rendah.

Menerusi hantaran di Threads, Norish berkata badannya masih lagi sakit-sakit dan ada kalanya mengalami demam.

BACA:Dah Tua Bangka Pemalas” – Netizen Kecam Anak Norish Karman, Minta Cari Kerja

“Badan masih sakit-sakit, maklumlah darah dan zat besi sudah masuk selepas lama tiada dalam badan. Dua hari demam, sejuk panas. Masih perlahan-lahan untuk sembuh. Setiap hari hidup aku makan dan minum segala herba-herba terbaik,” tulisnya.

Kongsi Norish lagi, dia masih memerlukan kerusi roda untuk bergerak berikutan keadaannya masih lemah serta meminta mendoakan agar dia cepat sembuh.

“Saya perlukan kerusi roda untuk bergerak sebab masih lemah dan perlahan. Jadi, anak-anak gembira tolak sana sini. Doakan saya segera sembuh ya geng-geng disayangi Allah SWT,” tulisnya.






Source link

OR

Scroll to Top