Penyanyi Kaka Azraff berkongsi pesanan penuh makna yang ditinggalkan arwah ibunya, Allahyarhamah Redida Aziz, mengenai erti kasih sayang sebenar.
Menerusi perkongsian di Threads, Kaka atau nama lengkapnya, Nor Atiqa Noor Azraff, 36, mengakui ibunya tidak pernah menggunakan pendekatan menakut-nakutkan atau ‘guilt-tripping’ dalam memberi nasihat.
Sebaliknya, mendidik dengan penuh rasa kasih sayang dan empati sehinggakan perkara itu sudah sebati dalam dirinya.
“Mama tak pernah guilt-tripped dalam nasihat dia.. tak pernah gunakan agama untuk menakut-nakutkan. She taught love by being love. And from that, she planted empathy in me.
“Dan aku nak hidupkan nilai itu dalam anak-anak aku. Al-fatihah buat Mama, Redida Aziz. Wanita terhebat dalam hidup ku,” katanya.

Dalam hantaran berlainan pula, Kaka menegaskan rasa kasih dan sayang tidak seharusnya dijadikan alat untuk mengawal seseorang.
“Nasib baik arwah mama selalu cakap pasal kasih sayang. Cinat tak perlukan apa-apa syarat.Awak buat ni, say atak sayang awak… awak buat tu saya sayang awak. Tidak.
“Itu bukan cinta, tapi tindakan mengawal seseorang,” jelasnya.

Sekdar info, ibu pelantun lagu Gila ini iaitu Allahyarhamah Redida Aziz, meninggal dunia pada usia 64 tahun akibat serangan jantung dan angin ahmar pada 7 Mei 2023.
Arwah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor.






