Siti Khadijah Berang Foto Disunting Guna AI Bersama Daddy Ash

Siti Khadijah Berang Foto Disunting Guna AI Bersama Daddy Ash

Siti Khadijah Berang Foto Disunting Guna AI Bersama Daddy Ash


Pelakon Siti Khadijah meluahkan rasa berang apabila menjadi mangsa penyalahgunaan kecerdasan buatan (AI) selepas gambarnya disunting bersama individu kontroversi dikenali sebagai Daddy Ash.

Menerusi satu perkongsian di Insta Story, Khadijah memuat naik gambar berkenaan serta menegaskan itu bukan dirinya serta meminta agar tidak melibatkan dirinya dalam isu berkenaan.

BACA: Siti Khadijah Mahu Lelaki Dominan, Kewangan Yang Stabil

“Boleh tak lain kali tolong jangan libatkan saya dalam benda-benda bodoh macam tu? Saya ni malas betul buang masa fikir benda macam ni. Sebab terang-terang bukan saya. Saya takkan buat pun.

“Dalam otak ni nak kerja, kumpul duit untuk hari tua sahaja. Tak ada masa nak fikir pasal edit itu ini, orang cakap belakang ke apa ke, terpulang. Janji awak happy.

“Tapi sekarang saya terpaksa fikir sebab tindakan ini sudah mengganggu saya. Insya-Allah saya akan cari dan saman pihak terlibat,” katanya.

Sementara itu, Khadijah turut meminta pendapat orang ramai terutama yang mempunyai pengetahuan berkenaan prosedur undang-undang untuk mengambil tindakan.

“Salam and hi everyone. Saya nak ambil tindakan yang betul-betul. Bukan setakat report polis tapi tak ada hasil.  Boleh tak sesiapa beritahu macam mana nak pastikan mereka ni kena hukuman setimpal?” katanya






Source link

OR

Scroll to Top