“Duit Boleh Dicari Tapi Memori Dengan Anak-Anak Sekali Pergi Takkan Kembali” – Rita Rudaini Titip Nasihat Kepada Ibu Bapa

“Duit Boleh Dicari Tapi Memori Dengan Anak-Anak Sekali Pergi Takkan Kembali” – Rita Rudaini Titip Nasihat Kepada Ibu Bapa


Pelakon jelita, Rita Rudaini mencuri perhatian apabila tampil menitipkan nasihat buat ibu bapa agar tidak terlalu mengejar wang ringgit sehingga mengabaikan masa bersama anak-anak.

Menerusi perkongsian di platform Threads miliknya, Rita memuat naik foto kenangan bersama dua anak lelakinya, Airit Rayyan Rizqin, 16, dan Airit Qaqa Arjuna, 14, ketika mereka masih kecil.

Menurut aktres filem Mami Jarum itu, kenangan bersama anak-anak jauh lebih bernilai berbanding harta yang dikejar.

“Anak-anak mungkin tak ingat berapa banyak duit kita ada, tapi mereka akan ingat setiap masa kita bersama mereka.

“Bukan tak penting cari duit, tapi masa dengan anak-anak itu paling tak ternilai. Jangan sampai kita sedar-sedar, mereka sudah meningkat remaja.

“Duit boleh dicari, tapi memori bersama anak-anak, sekali hilang takkan kembali. Jangan terlalu sibuk mengejar rezeki sampai terlepas momen yang tak akan berulang.

“Satu hari nanti rumah akan sunyi, yang tinggal hanyalah kenangan ketika mereka masih kecil,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan pandangan dilontarkan Rita.

Untuk rekod, Rita pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain bola sepak negara, Mohd Aidil Zafuan pada 2008 sebelum berpisah pada 5 September 2013.



Source link

OR

Scroll to Top