“Pernah Minat Wanita Badan Besar, Saya Tak Pandang Rupa”

“Pernah Minat Wanita Badan Besar, Saya Tak Pandang Rupa”


Pelakon Amir Ahnaf berkata dia idamkan wanita yang lemah lembut serta memiliki ciri keibuan untuk pastikan anak-anak akan dididik dengan penuh kasih sayang.

Menerusi satu podcast, Amir berkata sifat peribadi pada wanita penting untuk pembesaran serta emosi anak-anak.

BACA: Amir Ahnaf Dah Buang 12 Ekor Saka, Berubat Sampai Ke Sabah 

“Kalau boleh saya ingin seseorang yang cantik dan lemah lembut. Karakter ibu itu memainkan peranan yang sangat besar untuk pembesaran emosi anak-anak,” katanya.

Sementara itu, Amira berkata dia tidak memandang paras rupa kerana baginya jika sikap seseorang itu cantik pasti luarannya juga akan cantik.

“Kalau cantik dalaman, pastu luaran pun cantik. Dulu saya pernah sangat meminati seorang wanita berbadan besar tapi tak pernah meluahkan perasaan kepadanya.

“Dari situ mula sedar yang saya tidak pandang langsung rupa paras. Tapi sekarang saya fikir semula, nanti apabila umur sudah 35 tahun, saya nak ada seorang atau dua anak dan mahu teruskan legasi,” katanya






Source link

OR

Scroll to Top