Pelakon dan penerbit Sheila Rusly berkongsikan ada yang bertanya sama ada rumah tangganya bersama Jinggo pernah diganggu dengan kehadiran orang ketiga.
Menerusi satu hantaran di Threads, Shiela berkata dia pernah memberitahu kepada suaminya untuk memberitahu kepadanya jika ada bertemu dengan wanita yang lebih baik.
BACA: Fazura Sifatkan Sheila Rusly Mentua Idaman Setiap Wanita

Tambah Sheila lagi, seandainya perkara itu berlaku dia bersedia untuk ‘angkat kaki’ dan suaminya tidak akan kembali semula.
Dalam pada itu, Shiela turut bersyukur rumah tangga mereka masih utuh sehingga ke hari ini serta beranggapan suaminya tidak pernah menemui individu yang lebih baik daripadanya.






