“Tak Payah DM Ajak Bertaaruf Bagai” – Ezzanie Jasny Perjelas Luahan Hati Soal Jodoh

“Tak Payah DM Ajak Bertaaruf Bagai” – Ezzanie Jasny Perjelas Luahan Hati Soal Jodoh


Selepas menerima pelbagai respons mengenai hantarannya berkenaan jodoh, pelakon Ezzanie Jasny menjelaskan, luahan peribadinya itu hanyalah sekadar perkongsian buat peminat.

Katanya, meskipun usianya kini sudah mencecah 27 tahun dan masih belum mempunyai pasangan, dia akur dan tetap menjalani kehidupan seperti biasa.

“Diumur 27 tahun ini dengan tiada pasangan. Saya sendiri tidak tahu apakah yang akan menanti saya dikedepannya. Most days saya rasa okay je, just going at my own pace.

“Kadang-kadang benda kecik pun boleh trigger. Nampak pasangan happy, bina kehidupan bersama dan itu memberi kesan terhadap saya kerana itu juga apa yang saya mahukan.

“Jauh disudut hati, saya juga mahu disayangi dan menyayangi. Mempunyai sesuatu wujud. Cuma saya tak tahu jika itu ditakdirkan untuk saya,” katanya.

Dalam hantaran sama, Ezzanie juga memaklumkan, sebelum ini dia dan bekas kekasih pernah merancang untuk mendirikan rumah tangga namun sebakiknya pula berlaku.

“Dulu masa dengan belas kekasih saya, plan nak kahwin pada umur 22 atau 23 tahun. Tetapi, ia tak kesampaian.

“Kemudian, kita aim pulak umur 25 tahun dan sekarangsaya sudah berusia 27 tahun.  Lowkey agak merisaukan la juga,” katanya lagi.

Bagaimanapun, sedar dengan respons yang diterima,  Ezzanie menegaskan, perkongsiannya sebelum ini bukan bertujuan untuk mencari pasangan, sebaliknya sekadar meluahkan perasaan sebagai manusia biasa.

“Kau orang to be clear, posting saya sebelum ini dibuat bukanlah kerana saya kemaruk nak cari pasangan.

“Saya hanya berkongsi apa yang saya rasa. You can be happy, enjoying your life, and still have moments where you think about love. It’s normal, it’s human,” jelasnya.

Akuinya, buat masa ini dia lebih memilih untuk memberikan fokus kepada diri sendiri.

Dalam masa sama, mengingatkan peminat untuk tidak menghantar pesanan langsung mengajaknya untuk bertaaruf.

“Sekarang ini apa yang lebih penting adalah saya lebih memilih diri saya.

“Jadi tolong jangan salah faham.  I’m just expressing,  so tak payah la DM ajak taaruf bagai,” ujarnya.



Source link

OR

Scroll to Top