“Apabila Saya Tidak Menceraikan, Dia Ingin Menuntut Harta 50-50, Sign 5 Juta” 

“Apabila Saya Tidak Menceraikan, Dia Ingin Menuntut Harta 50-50, Sign 5 Juta” 


Penyanyi Nubhan akhirnya tampil membuka mulut mengenai kemelut rumah tangganya dengan bekas isteri, Dr Afifah.

Menerusi temu bual bersama Hlive, Nubhan berkata pada awalnya tidak berlaku perceraian namun mendakwa bekas isterinya mahu membuat tuntutan harta jika tidak mahu bercerai.

BACA: Nubhan Sedia Tarik Balik Kes Jika Dr Fie Mohon Maaf

“Apabila saya tidak menceraikan, dia ingin menuntut harta 50-50, dan sign 5 juta. Sekiranya saya tak menceraikan dia, dia disuruh untuk minta fasakh. Tuntut harta dulu, dah dapat harta, baru kahwin balik. Jadi saya ‘jammed’ lah,” katanya.

Sementara itu, Nubhan berkata dia masih sayangkan rumah tangga dan sudah berusaha memberikan keselesaan buat isteri dan anak-anak.

“Saya sayang rumahtangga tu, sebab tu tak jadi cerai pada awalnya. Tapi bila jadi macam tu, saya rasa jangan ambil kesempatanlah. Saya tahu saya belajar tak tinggi, tapi saya bekerja keras untuk bagi keselesaan pada anak-anak dan dia. 

“Saya cuba tunaikan semua permintaan dia. Saya tahu dia belajar penat, dia seorang doktor. Saya berusaha buka satu klinik gigi untuk dia. 

“Mungkin saya terlalu manjakan dia kot. Dan sebab tu juga banyak pelanggaran dia buat,” katanya.

Dalam pada itu, Nubhan berkata dia sentiasa berusaha untuk menaikkan taraf hidup mereka sekeluarga meskipun tidak berpendidikan tinggi.

Dakwa Nubhan lagi, bekas isterinya pernah meminta wang RM10,000 setiap bulan untuk perbelanjaan dan sedaya upaya memenuhi permintaan berkenaan.

“Dia pernah minta RM10,000, Saya cuba dapatkan RM10,000 sebulan untuk perbelanjaan. Tak kisah la daripada klinik ke, pemberian saya ke. Tapi kalau jodoh dah sampai disitu, saya reda,” katanya.

Sumber: Hlive






Source link

OR

Scroll to Top