Cipta impak luar biasa

Cipta impak luar biasa


KUALA LUMPUR: Selami perasaan gundah yang menghimpit sanubari setiap kali hujan lebat membasahi bumi, tatkala bumbung tempat berteduh kian rapuh untuk terus bertahan.

Meskipun itu adalah realiti getir yang membelenggu segelintir masyarakat, sinar harapan kini mula menyinari kehidupan mereka.

Kempen ‘Gandakan Kebaikan’ yang digerakkan sejak bulan Ramadan lalu menjadi bukti bahawa keikhlasan rakyat Malaysia melalui sumbangan kecil mampu diterjemahkan kepada impak yang luar biasa serta memberikan manfaat berpanjangan.

Inisiatif ini bukan sekadar bantuan bermusim, sebaliknya sebuah transformasi kehidupan buat generasi masa hadapan melalui penyediaan kediaman yang menjamin keselamatan dan keselesaan.

Bina kehidupan, bukan sekadar struktur

Semangat gotong-royong sukarelawan EPIC Homes dan kakitangan Tropicana Twister ketika sesi pembinaan rumah. – FOTO Tropicana Twister

Menerusi kerjasama strategik Tropicana Twister dan EPIC Homes, Project 100 merupakan sebahagian daripada misi besar untuk membina sehingga 100 buah rumah setahun bagi komuniti yang memerlukan termasuk keluarga Orang Asli di seluruh negara.

Fokus utama inisiatif ini adalah untuk mewujudkan kestabilan masa depan yang lebih terjamin melalui pembangunan infrastruktur asas yang memberikan impak mendalam.

Setiap tiang dan papan yang dipasang bukan sahaja membentuk sebuah bangunan, malah membina semula maruah serta kestabilan hidup buat keluarga yang selama ini terpinggir.

Menurut Ketua Pemasaran PepsiCo Malaysia Beverages, Jennifer Lee, usaha ini adalah bukti di mana niat murni bertukar menjadi impak yang nyata.

Beliau menegaskan setiap tindakan kecil yang dikumpulkan daripada orang ramai membantu membina asas yang lebih kukuh untuk keluarga ini berkembang pada masa hadapan.

Nasib berubah, tiada lagi kebimbangan


Keluarga Ngah tidak dapat menyembunyikan rasa hiba dan syukur saat menerima kunci rumah baharu menerusi kempen ‘Gandakan Kebaikan’ anjuran Tropicana Twister dengan kerjasama EPIC Homes. – FOTO Tropicana Twister

Bagi pemilik rumah seperti Ngah A/P Uda, bantuan ini adalah sebuah keajaiban yang mengubah segala-galanya. Sebelum ini, kehidupan mereka diselubungi kebimbangan setiap kali cuaca buruk melanda.

Ngah merakamkan penghargaan kepada EPIC Homes dan Tropicana Twister atas usaha mereka membina kediaman yang bukan sahaja selamat, malah selesa buat seisi keluarganya.

Dengan rumah baharu ini, rasa bimbang itu digantikan dengan ketenangan fikiran, kestabilan dan harapan yang lebih kukuh untuk masa depan lebih baik.

Kisah Ngah adalah satu daripada banyak lagi testimoni yang membuktikan bahawa kebaikan kolektif mampu mencipta perubahan kekal, melangkaui musim perayaan.

Untuk maklumat lanjut mengenai inisiatif ini, layari laman Facebook Tropicana Twister.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top