Penyanyi Elyana memuat naik hantaran sedang menjalani rawatan kemoterapi kali kelapan sekaligus menyentuh hati ramai.
Menerusi perkongsian di Instagram, Elyana turut berkongsikan perasaannya bahawa jiwanya sudah lama menyerah namun raganya masih berjuang.
BACA: Elyana Bengang Netizen Kutuk Wajah Anak Angkat
“Chemo cycle 8. Jiwa nya sudah lama menyerah, tetapi raga nya masih tetap berjuang,” tulisnya.
Sementara itu, diruangan komen Elyana mengucapkan terima kasih di atas segala doa dan kata-kata yang baik buat dirinya.
Elyana turut mendoakan agar Allah membalas segala kebaikan serta memohon maaf seandainya dia ada melakukan kesilapan.
“Masyaallah…terima kasih atas segala doa dan segala ucapan yang baik ..Semoga Allah swt membalas semua kebaikan kalian.Kalian orang yang baik..
“Maaf seandainya saya ada berbuat salah selama anda mengenali saya. Jaga kesihatan ya..love u so much,” tulisnya.






