Lelaki maut ditembak di hadapan pusat hiburan

Lelaki maut ditembak di hadapan pusat hiburan


Johor Bahru: Seorang lelaki dilaporkan maut dalam satu kejadian tembak di Jalan Hang Lekir, Taman Industri Jaya, di sini.

Pemangku Ketua Polis Johor, Deputi Komisioner Hoo Chuan Huat, ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan jam 11 malam tadi.

Beliau bagaimanapun berkata siasatan masih giat dijalankan bagi mengenal pasti punca dan motif kejadian.

“Kes berlaku di hadapan sebuah pusat hiburan di Taman Industri Jaya dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Polis sedang giat menyiasat untuk mengetahui motif dan punca kejadian,” katanya.

Katanya, kenyataan lanjut berhubung kejadian itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

Setakat ini, maklumat lanjut berkaitan identiti mangsa, dan kejadian masih belum diperoleh.

Tinjauan di lokasi kejadian, mendapati beberapa individu sedang membersihkan kaki lima kedai dan pusat hiburan itu, namun enggan ditemuramah media.

Terdahulu, tular beberapa keping foto mangsa dipercayai ditembak dan anggota polis dilihat berada di lokasi kejadian.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top