Apakah capybara haram disentuh?

Apakah capybara haram disentuh?

Apakah capybara haram disentuh?


CAPYBARA atau babi air bukanlah daripada golongan babi atau khinzir. Foto Canva

Soalan:

Saya bersama keluarga berjalan-jalan ke sebuah petting zoo dan di sana terdapat pelbagai haiwan jinak yang boleh dibelai dan diusap.

Soalan saya, bolehkah capybara dipegang kerana saya lihat info capybara diterjemahkan sebagai babi air dalam bahasa Melayu?

Jawapan:

Umumnya kita ketahui dua najis berat (mughallazah) ialah anjing dan babi.

Jika tersentuh wajib dicuci mengikut kaedah yang ditetapkan syarak iaitu tujuh kali cucian termasuk satu kali air tanah.

Bagaimanapaun, capybara atau dikenali dengan babi air dalam masyarakat kita itu bukanlah haiwan yang berasal daripada famili dan spesies yang sama dengan babi.

Capybara atau nama saintifiknya Hydrochoerus hydrochaeris merupakan rodensia yang paling besar daripada kesemua rodensia.

Ia kelihatan seperti babi kecil atau tikus belanda besar dan ia boleh berenang dengan baik.

Berbeza dengan babi, sama ada liar mahupun belaan, ia merupakan haiwan mamalia omnivor daripada famili Suidae.

Oleh itu, jelas bahawa capybara atau babi air bukanlah daripada spesies dan famili yang sama dengan babi.

Menyentuh capybara tidak sama dengan menyentuh babi. Memandangkan ia bukan dalam golongan najis mughallazah, maka mengusap dan membelai capybara ialah harus dan dibolehkan selain tidak perlu disertu. 



Source link

OR

Scroll to Top