“Macam Ada Terowong, Makin Luas” – Iqbal Zulkefli Tak Menyesal ‘Buat’ Hidung

“Macam Ada Terowong, Makin Luas” – Iqbal Zulkefli Tak Menyesal ‘Buat’ Hidung


Usahawan Iqbal Zulkefli berkata selepas dia jalani dua prosedur pembedahan kosmetik iaitu rhinoplasty (pembedahan hidung) dan tanam rambut di Shanghai, China banyak perbezaan dirasai olehnya.

Memetik mStar Online, Iqbal berkata pembedahan tersebut turut membantu selesaikan masalah pernafasan yang dialaminya sejak sekian lama.

BACA: “Ingat Saya Terhegeh-Hegeh Sangat Ke Dekat Mak Awak?” – Iqbal Tegur Cik B Jangan Biadab

“Memang sangat berbeza, sekarang hidung saya macam ada terowong dan makin luas. Nasib baik Allah takdirkan saya buat begitu dan selesai masalah pernafasan saya,” katanya.

Sementara itu, Iqbal yang sudah berhabis lebih RM100,000 untuk prosedur berkenaan berkata dia sudah lama membuat kajian berkenaan rawatan itu.

“Memang nak buat hidung dan rambut ini kos mahal, saya berhabis lebih RM100,000. Buat masa ini tiada rancangan nak ubah apa-apa lagi, cukuplah ini sahaja,” katanya.

Sumber: mStar Online






Source link

OR

Scroll to Top