JOHOR Darul Ta’zim (JDT) perlu melakar magis menang aksi separuh akhir kedua Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) menentang Buriram United di Stadium Chang Arena, Thailand, hari ini.Ketinggalan 1-3 selepas tewas pada separuh akhir pertama di Stadium Sultan Ibrahim, anak buah Xisco Munoz itu sedar mereka perlu mempamerkan aksi luar biasa bagi menghidupkan peluang ke pentas akhir.Munoz menegaskan, meskipun berdepan tugas berat di gelanggang lawan, semangat juang pemain tidak sesekali luntur.Beliau juga percaya JDT masih mempunyai ruang untuk mengubah keputusan sekiranya setiap pemain kekal fokus dan disiplin sepanjang 90 minit permainan.”Ini adalah perkara yang sudah kami tekankan. Kami perlu terus konsisten dengan gaya permainan dan kekuatan kami sendiri. Kami sudah belajar daripada kesilapan pada perlawanan pertama dan akan cuba memilih pendekatan terbaik untuk aksi kali ini.”Jika ada pasukan yang mampu mengubah situasi sukar ini, ia adalah JDT. Kami perlu menolak had kemampuan diri, mengekalkan mentaliti positif dan memberikan aksi yang terbaik,” katanya.Tambah Munoz, kunci utama untuk meraih keputusan positif di bumi Thailand adalah mempamerkan persembahan yang lebih matang terutamanya apabila berdepan situasi sukar di dalam padang.”Kami menguasai permainan dari minit pertama hingga terakhir pada perlawanan sebelum ini, namun kami perlu lebih matang dalam menguruskan detik-detik penting perlawanan.”Paling utama, kami perlu lebih tajam di bahagian serangan. Kami masih dalam saingan dan selagi wisel penamat belum ditiupkan, kami akan terus berjuang dengan penuh cita-cita dan tenaga maksimum,” ujarnya.
Source link





