Pelawak Amir Raja Lawak kurang senang dengan sikap segelintir individu yang sering meminta bantuan sumbangan namun tidak bersungguh-sungguh mencari rezeki.
Menerusi satu hantaran di Facebook, Amir berkongsikan meluahkan rasa syukur berjaya mendapat RM18 dengan menjual barang di kedai besi buruk.
BACA: “Hujung Bulan Ni Genap 10 Tahun Pemergian” – Amir Raja Lawak Zairah Pusara Yus Jambu
Amir turut menegur segelintir individu yang sering menghantar mesej meminta sumbangan tanpa ikhtiar untuk menambah pendapatan dengan menjual barangan kitar semula.
“Cari duit tepi Jual barang kat besi buruk, alhamdulillah dapat RM18. Yang duk inbox mintak sumbangan nak beli susu anak.
“Lelaki tak boleh pergi kerja sebab motor rosak tu tak cuba ke kutip tin, kutip kotak, cari besi untuk jual?
Jalan kaki pun boleh, bawa kereta sorong ke,” tulisnya.
Sementara itu, Amir berkata sikap berharap kepada ihsan orang lain tanpa usaha tidak sepatutnya berlaku serta mempersoalkan kenapa perlu malu untuk mencari rezeki dengan cara sedemikian.
“Tak kan la malu cari rezeki cara macam ni, tapi tak segan inbox orang lain mintak sumbangan nak beli susu anak sebab laki tak leh gi kerja motor rosak
“Ye betul struggle kita tak sama, tapi selagi ada daya, tak salah kan usaha? Saya yang orang kenal ni pun niaga air jagung tepi jalan juga,” katanya.






