Pelakon serba boleh, Alif Satar meluahkan rasa bangga terhadap pelakon muda, Hun Haqeem yang turut menyertai konvoi motosikal ‘Ride Subuh Macam Jumaat’ yang diketuainya, baru-baru ini.
Baru betul idola Gen Z

Menerusi perkongsian di Instagram, Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar memuat naik beberapa momen sepanjang jelajah berkenaan bersama para peserta yang hadir memeriahkan program tersebut.
Dalam perkongsian sama, Alif turut memuji Hun kerana tidak menyangka aktor itu sanggup meluangkan masa turun bersama-sama menyemarakkan lagi program tersebut meskipun sibuk dengan komitmen seni.
“Ride Subuh baru-baru ni, ternampak beberapa muka ‘familiar’. Terima kasih sebab sudi luangkan masa dan jadi sebahagian daripada jelajah ini, Hun Haqeem,” kongsi Alif.
Menurut Alif, kehadiran Hun bukan sahaja menceriakan program berkenaan, malah mampu menjadi contoh positif kepada golongan muda yang meminati dunia hiburan.

“Macam ni la baru idola Gen Z,” tambahnya lagi.
Perkongsian tersebut turut menarik perhatian ramai pengikut di media sosial dan mula memuji semangat kedua-dua selebriti itu dalam menyertai aktiviti berunsurkan kerohanian bersama masyarakat.
Artikel lain: Lelaki mahu kahwin? Alif Satar kongsi syarat solat 40 hari di belakang imam
Sementara itu, Hun juga tidak ketinggalan membalas kenyataan berkenaan dengan menyifatkan Alif sebagai individu yang sentiasa memberi inspirasi kepada orang awam dan peminat.
“Kata-kata seorang yang banyak memberikan inspirasi, to the next one,” komen Hun.
Sumber: Instagram alifsatar






