Anak kepada pelakon Norish Karman iaitu Amanda menjelaskan mengenai komen netizen yang mendakwa dirinya tidak bekerja.
Menerusi satu podcast, Amanda berkata dia pernah bertanyakan kepada ibunya adakah dia menyusahkan dan Norish turut menasihkannya untuk tidak membaca komen negatif netizen.
BACA: “Masih Lemah” – Norish Karman Masih Perlukan Kerusi Roda Untuk Bergerak
“Saya baca banyak komen dan saya tanya ibu saya, ‘adakah dengan saya tak bekerja, saya menyusahkan awak? Kerja saya sekarang ini sebagai tutor, memasak, jaga adik-adik dan mak saya.
“Mak saya jawab, ‘tak, awak tak susahkan saya, jangan baca semua tu (komen) dan jangan cakap macam itu. Yang penting apa yang saya fikirkan pasal awak.’” katanya.
Sementara itu Amanda turut memberitahu dia sudah mula bekerja seawal usia 13 tahun dengan melakukan pelbagai pekerjaan.
“Masa umur 13 lagi saya dah mula berniaga, umur 16 saya buat kerja-kerja pembersihan. Tak semestinya kena kerja di pejabat. Bila tak kerja jam 9 sampai 5 maksudnya saya tak bekerja? Tak adillah nak cakap begitu,” katanya.






