Pelakon Datin Atikah Suhaime menitipkan kata-kata semangat bahawa segala amalan kebaikan yang dilakukan pasti akan diberikan ganjaran pada waktu yang tepat.
Menerusi satu hantaran di Threads, seorang individu mempersoalkan mengapa semakin dia menjaga amal ibadah semakin banyak ujian.
BACA: “Kalau Nak Isteri Tak Membebel, Cari Yang Kerja Live Host” – Atikah Suhaime

Atikah membalas dia juga pernah mempunyai pemikiran sedemikian sebelum ini namun berkat kesabaran Allah memberikan rezeki tidak putus kepadanya.
“Tak lama lagi, awak akan dapat ganjaran. Saya pun dulu fikir macam tu. Lepas tu sampai sekarang jaga solat, mengaji dan zikir.
“Alhamdullilah Allah tak henti-henti beri rezeki. Cuma kena sabarlah. Lambat sikit dapatnya. Tapi biladapat memang indah,” tulisnya.





