UEC: PM Tidak Mahu Pengiktirafan Dipolitikkan, Anthony Loke Kata Lepasan Tahfiz Pun Dapat Peluang Sama

UEC: PM Tidak Mahu Pengiktirafan Dipolitikkan, Anthony Loke Kata Lepasan Tahfiz Pun Dapat Peluang Sama

UEC: PM Tidak Mahu Pengiktirafan Dipolitikkan, Anthony Loke Kata Lepasan Tahfiz Pun Dapat Peluang Sama


Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan keputusan Kabinet mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) tidak sepatutnya dipolitikkan.

Beliau berkata, penerimaan sijil berkenaan adalah secara bersyarat iaitu pemegang UEC wajib lulus mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Katanya, syarat sama turut dikenakan terhadap pelajar sekolah agama Arab, sekolah menengah agama, institusi tahfiz dan sekolah antarabangsa yang melibatkan pelajar Malaysia.

“Dunia sekarang semuanya mahu dikaitkan dengan politik. Kenyataan telah dikeluarkan semalam (Khamis) bahawa Kabinet bersetuju dengan syarat pemegang UEC perlu lulus SPM bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah.

“Jadi, kita beri ruang walaupun mungkin memerlukan beberapa kursus perguruan kerana sebelum ini perkara itu tidak dipersetujui.

“Namun, apabila sekolah-sekolah Cina menerima syarat tersebut, kita (kerajaan) turut menerimanya dengan baik,” katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Belia Negara 2026 Peringkat Kebangsaan di Seremban hari ini.

Sementara itu dalam majlis berasingan, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke mempertikaikan tindakan pihak tertentu yang membantah peluang lepasan Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC)/UEC melanjutkan pengajian ke IPTA.

Katanya, peluang sedemikian tidak hanya diberikan kepada calon UEC, malah turut dibuka kepada lepasan sekolah atau institusi tahfiz.

“Saya rasa pelik mengapa ada pihak yang membantah komitmen kerajaan ini. Mereka membantah orang untuk mendapat akses pendidikan.

“Sedangkan kita mahu menambah akses pendidikan supaya dapat mendidik anak-anak ini untuk mendapat pendidikan yang lebih baik.

“Sekiranya membangkang, ini menunjukkan mereka menafikan hak anak-anak kita untuk belajar ke peringkat lebih tinggi.

“Ini adalah komitmen kerajaan seperti mana diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Januari lalu,” katanya dalam Majlis Peluncuran Stesen Segambut Utara di ibu negara.

Semalam, Ketua Penerangan PAS Ahmad Fadhli Shaari mendakwa tindakan membuka ruang kepada pelajar UEC melanjutkan pengajian di IPTA adalah satu taktik ‘silap mata’ dalam usaha kerajaan memperluas akses pendidikan kepada pelajar aliran berkenaan.

Katanya, pengumuman yang menggabungkan kategori lepasan tahfiz dan UEC itu dilihat sebagai cubaan menghalalkan kemasukan pelajar UEC ke universiti awam secara halus.

Beliau turut mempersoalkan mengapa kerajaan perlu mengeluarkan kenyataan khusus mengenai lepasan tahfiz sedangkan golongan itu selama ini tidak pernah menghadapi masalah untuk menyambung pengajian ke IPTA mahupun institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).






Source link

OR

Scroll to Top