Dari awal lagi memang niat menderma – Zila Bakarin


syafil.syazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pelakon yang juga peserta program Kilauan Emas Selebriti, Zila Bakarin menjelaskan bahawa dia sememangnya sudah menanam niat untuk menderma apabila kali kedua memenangi pengikturafan Emas Berkilau Of The Week.

Zila mengeluarkan kenyataan itu di Threads sekaligus menjawab pertanyaan netizen mengenai hadiah kemenangan bernilai RM2,000 itu.

“Dari awal lagi sudah diberitahu bahawa duit itu adalah untuk derma, sebab itu saya letakkan niat,” tulisnya.

Tambah Zila, 51, dia juga mewakili penyokong-penyokongnya yang secara tidak langsung turut sama menuai pahala atas derma yang diberikan kepada penyanyi veteran yang kini berdepan pelbagai masalah kesihatan, Mariam Ahmad.

“Kepada mereka yang mengundi saya untuk menang, saya doakan agar mengalir juga pahala sedekah kepada mereka.

“Saya mewakili mereka untuk menyampaikan sumbangan itu. Terima kasih kepada semua pengundi,” tulisnya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top